suria

Ini Antara Ciri Wanita Yang Layak Bergelar Isteri

PENGORBANAN Yuzhen wajar diberi pujian dan dicontohi wanita lain yang bergelar isteri. - MAIL ONLINE

JIKA anda mencari calon isteri, mungkin ciri wanita China ini boleh menjadi contoh sesuai untuk disenaraikan sebagai wanita impian anda.

Gao Yuzhen, mendapat perhatian media tempatan apabila menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap suaminya yang lumpuh akibat kemalangan.

Malah aksinya menyuap makanan menggunakan mulut untuk suaminya ternyata menyentuh hati apabila menampilkan sikap penyayang Yuzhen yang sanggup menjaga pasangannya itu dengan baik.

Suaminya yang tidak dinamakan, lumpuh sejak empat tahun lalu selepas terlibat dalam satu kemalangan.

YUZHEN sanggup menyuap suaminya menggunakan mulut untuk memastikan pasangannya itu sihat. - MAIL ONLINE

Disebabkan dia tidak boleh menelan dengan baik, Yuzhen akan mengunyah dahalu makanan sebelum memasukkan dalam mulut suaminya.

Yuzhen berkata, dia memberi suaminya makan tiga kali sehari bagi memastikan pasangannya itu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga.

"Saya berharap suami saya mampu bangun semula dan bercakap dengan saya.

"Saya tidak akan meninggalkan suami kerana percaya masih ada keajaiban yang akan berlaku," katanya menurut laporan Mail Online. 

China, Gao Yuzhen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain