suria

35,000 Ekor Lebah Huni Siling Rumah

MISTERI lelehan madu yang keluar pada dinding rumah, terbongkar dengan penemuan mengejutkan bagi seorang wanita di New York, baru-baru ini.

Ini kerana kira-kira 35,000 ekor lebah menghuni rumah pangsapuri milik Cherrise Mulzac selepas wanita itu berasa hairan dengan kemunculan serangga tersebut di rumahnya.

Malah Mulzac juga berasa pelik apabila cecair pekat dan melekit meleleh di dinding rumahnya sebelum menyedari ia merupakan madu lebah.

Bagi mendapatkan lebih kepastian, Mulzac akhirnya menghubungi penjaga lebah yang berjaya membuat penemuan mengejutkan.

Pakar lebah itu, Mickey Hedegus, 52, membongkar misteri tersebut apabila menemukan sarang lebah di siling rumah Mulzac yang dihuni kira-kira 35,0001 ekor lebah.

SARANG lebah yang ditemukan pada siling rumah Mulzac.

Selain itu, kira-kira 31 kilogram madu lebah juga turut ditemukan dan kesemua cecair tersebut diisi dalam beberapa botol kaca.

Hegedus kemudiannya menyedut kesemua lebah berkenaan menggunakan peralatan khas dan dia percaya sarang itu wujud sejak dua tahun lalu.

"Penemuan ini sangat mengejutkan.

"Lebah berkenaan sudah bersarang di rumah Mulzac sejak dua tahun lalu tanpa disedari oleh wanita itu," katanya.

Operasi mengeluarkan semua lebah itu mengambil masa enam jam dan kesemua serangga terbabit dipindahkan ke sarang lebah yang dikelola oleh Hedegus. - Metro.uk

Madu Lebah

Artikel Sebelum

Awas Sindiket 'Card Reader'!

Artikel Berikut

Artikel Lain