suria

Matematik Umpama Tersesat Dalam Hutan

"PENYELESAIKAN masalah Matematik umpama tersesat dalam hutan rimba, gunakan segala ilmu yang ada untuk merangka muslihat baharu dan mungkin dengan sedikit nasib anda dapat menemui jalan keluar."

Demikian kata-kata Dr Maryam Mirzakhani, wanita pertama yang memenangi hadiah berprestij Matematik.

Cendikiawan berusia 40 tahun ini meninggal dunia pada Sabtu setelah empat tahun bertarung dengan kanser, lapor BBC.

Beliau meninggalkan suami, Jan Vondrak yang juga profesor Matematik dan anak perempuan mereka, Anahita.

Mirzakhani yang berasal dari Iran turut dianugerahkan medal 'Field' (Hadiah Nobel dalam kategori Matematik) pada 2014 untuk kerjanya dalam bidang sistem dinamik dan geometri kompleks.

Lebih membanggakan apabila beliau merupakan wanita dan warganegara Iran pertama yang menerima penghormatan tersebut sejak 1936.

Beliau dilahirkan di Tehran dan datang ke AS untuk meyambung pelajarannya di Harvard, di sana dia turut memecah rekod apabila menjadi gadis pertama dalam kumpulan Iran bertanding dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa serta memenangi pingat emas pada 1990.

Pada 2008, beliau bekerja di Stanford sebagai profesor dalam bidang Matematik hinggalah kematiannya.

Selama empat tahun, dia  berperang dengan kanser sebelum menghembuskan nafas terakhirnya apabila sel kanser tersebut merebak hingga ke tulang sum sumnya.

Matematik, Maryam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Banduan Maut, 10 Lolos

Artikel Lain