RIYAHD: Seorang wanita Arab Saudi yang mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seksi di tempat umum pakaian di Arab Saudi, dipercayai telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu. Wanita terbabit yang dikenali sebagai Khulood itu, mencetuskan kemarahan awam apabila memuatnaik video dia bersiar bersejarah di Ushayqir lalu memuat naik klip tersebut di laman sosial Snapchat. Wanita itu dipercayai ditahan polis di Riyadh kerana memakai pakaian yang ‘menjolok mata’, stesyen televisyen Al Ekhbariya melaporkan pada Selasa. Wanita Arab Saudi tidak dibenarkan berpakaian sedemikian di tempat umum, sebalikanya perlu mengenakan 'abaya', sejenis pakaian longgar dan panjang serta perlu bertudung. Nasib wanita itu masih tidak jelas tetapi akhbar Okaz melaporkan, bahawa pihak berkuasa tempatan menulis surat rasmi kepada kerajaan wilayah dan polis untuk memohon tindakan tegas diambil terhadap individu yang merakamkan video tersebut. - Independent.uk