SEORANG kanak-kanak maut dibaham singa sambil disaksikan ibu saudaranya ketika mangsa keluar ke tandas untuk membuang air kecil di kampungnya di Zimbabwe. Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Mitchell Mucheni keluar dari pondok yang didiami bersama keluarganya untuk ke tandas yang terletak di luar. Namun belum sempat sampai ke tandas, seekor singa menerkam kanak-kanak berusia 10 tahun itu dan mengheretnya sejauh 300 meter ke kawasan semak berdekatan. Kejadian itu disaksikan sendiri oleh makciknya, Mawonei Muchacha yang tidak mampu berbuat apa-apa menyelamatkan Mucheni. Harimau itu menghilangkan diri selepas menyerang Mucheni. Timbalan Inspektor Kudakwashe Dehwa berkata, pihaknya telah menerima laporan tentang kejadian itu. Anggota renjer dan keluarga Mucheni menemukan mayat mangsa berdekatan semak tidak jauh dari rumah mereka. - Metro.uk