suria

4 Bulan Penjara jika Merokok

ANDA boleh dikenakan hukuman penjara sekiranya merokok di mana-mana tempat awam tidak kira secara terbuka atau tertutup sekiranya didapati bersalah.

Ini merupakan undang-undang baharu di Filipina yang bakal berkuatkuasa pada Isnin sebagai usaha Presiden Rodrigo Duterte memerangi perokok di seluruh negara.

Larangan tersebut juga melibatkan penggunaan vapor dan semua lapangan terbang mahupun kasino serta sekolah, laluan pejalan kaki, tempat kerja dan kenderaan awam sebagai kawasan larangan merokok.

Jika undang-undang itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan hukuman maksimum penjara selama empat bulan dan denda sebanyak 5,000 peso (RM260).

Berdasarkan peraturan tersebut, kawasan yang dikhaskan untuk merokok perlu berkeluasan tidak lebih 10 meter persegi dan dibina untuk golongan dewasa serta berada sekurang-kurangnya 10 meter dari bangunan.

Pasukan khas antirokok akan diwujudkan dan dikerah bagi menahan pesalah.

Duterte yang menandatangani Arahan Eksekutif pada 26 Mei lalu, mewujudkan negara yang memiliki undang-undang berkaitan tembakau paling ketat di dunia dan melarang pengiklanan, promosi dan tajaan daripada jenama tembakau.

Kempen yang diusahakan golongan kesihatan awam sudah lama berjuang menerangkan bahaya rokok dan mengalu-alukan inisiatif Duterte untuk menamatkan gejala merokok di tempat awam. - Metro.uk

Rodirogo Duterte, Roko

Artikel Sebelum

Lari Durian Lari...

Artikel Lain