suria

Ada Yang Tidak Kena Dengan Gambar Ini

SAAT Laura bersama anak lelakinya, Theo bergambar dan diganggu dengan kemunculan tangan misteri. - Mail Online

SEORANG ibu kepada empat orang anak terkejut besar selepas mendapat sesuatu yang tidak kena pada gambar dirinya ketika mendukung anak lelakinya.

Laura Clarke dari Belfast, Ireland Utara, berkongsikan gambar dia bersama Theo dan senyum kepada kamera semasa menghadiri majlis memperingati insan tersayang yang telah meninggal dunia, baru-baru ini.

Semasa majlis peringatan itu, saudara kandung Laura mengambil gambar tersebut sebelum suaminya menyedari ada yang tidak kena kepada gambar itu.

Suaminya mendapati terdapat 'lebihan' tangan pada gambar berkenaan sedangkan sebelah tangan Laura sedang mendukung Theo, manakala sebelah lagi tangannya diangkat.

'Tangan misteri' yang muncul pada gambar itu pula berada di paras pinggang Laura, kelihatan seperti sedang mendukung Theo.

Walaupun sukar menjelaskan misteri tersebut, Laura percaya bahawa tangan itu mungkin merupakan mendiang bapanya, Terry yang meninggal dunia ketika anak bongsu wanita itu lahir.

"Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku dan tidak pasti adakah ianya berhantu.

"Tetapi mungkin itu merupakah roh ayah saya bersama kami," katanya. - Mail Online

Hantu

Artikel Sebelum

Ada Hati Nak 'Paw' Polis

Artikel Berikut

“Pulangkan Al Aqsa!”

Artikel Lain