suria

Lagi Peluru Berpandu Balistik Pyongyang Dilancar

WASHINGTON: Pentagon sedang mengumpul maklumat susulan tindakan terkini Korea Utara yang sekali lagi melancarkan peluru berpandu balistik.

Ia dilakukan seminggu selepas menguji roket antara benua yang mampu mencapai sasaran di Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu turut disahkan pihak tentera Korea Selatan dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Sehubungan itu, Seoul dan Tokyo mengadakan mesyuarat majlis keselamatan negara masing-masing.

Sementara itu, jurucakap Pentagon, Kapten Tentera Laut Jeff Davis berkata, peluru berpandu balistik itu dilancarkan pada jam 10.41 pagi waktu tempatan, tetapi tidak mengenal pasti jenis yang digunakan.

"Saya mengesahkan kami mengesan pelancaran peluru berpandu balistik dari Korea Utara. Kami sedang menyiasat dan akan mendapatkan lebih banyak maklumat," kata Davis pada sidang media di sini.

Menurut Abe, kemungkinan peluru berpandu itu mendarat di zon ekonomi eksklusif (EEZ) Jepun.

"Kami akan menganalisis dengan segera dan melakukan yang terbaik demi keselamatan rakyat Jepun," katanya pada sidang media di Tokyo. - AFP


balistik, Pyongyang, Abe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain