suria

Pencuri Mati Dibakar Orang Kampung

- Gambar hiasan

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 30 tahun, hanya dikenali sebagai MA, dibakar hidup-hidup selepas dituduh mencuri tiga set amplifier dari sebuah masjid di Suka Tenang, Jawa Barat, Selasa.

MA dilaporkan ditangkap oleh penduduk kampung apabila dia cuba mencuri set amplifier pada tengahari Selasa.

Dia kemudian melarikan diri dan terjun ke dalam sungai yang memisahkan kampung Suka Tenang dan Muara Bakti.

Tetapi, apabila dia tiba di Muara Bakti, penduduk lain telah menunggunya. Dia dipukul dan disimbah gasolin sebelum dibakar hidup-hidup.

MA maut di tempat kejadian.

Hampir 80 peratus badannya terbakar dan dibawa ke Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur, menurut Ketua Polis Bekasi Asep Adi Saputra.

Berikutan insiden tersebut, polis telah merampas set amplifier serta motosikal yang dipercayai milik MA.

“Kita tidak sepatutnya membuat serangan melulu seperti itu kerana Indonesia mempunyai undang-undang tersendiri untuk menghukum penjenayah,” kata Adi Saputra. – The Jakarta Post/Asia News Network

kes curi, mati terbakar

Artikel Sebelum

Artikel Lain