suria

Derita 30 Tahun Akibat Tumor Mulut

SEORANG lelaki di Kemboja akhirnya boleh menarik nafas lega selepas hidup menderita selama 30 tahun akibat ketumbuhan di bahagian mulut.

Eng Kheng, yang tinggal di kampung terpencil di wilayah Kampong Cham, selama ini menderita akibat kehilangan gigi dan sukar untuk makan disebabkan ketumbuhan itu.

Namun sekumpulan pakara perubatan dari Australia berjaya membuang ketumbuhan itu, sekali gus mengubah hidup Kheng.

Dr Andrew Chan yang bertugas di Adelaide, datang sendiri ke Kemboja untuk menilai ketumbuhan yang dialami Kheng dan terkejut melihat keadaan lelaki tersebut.

"Saya tidak pernah melihat ketumbuhan sebegini. Saya tidak fikir sesiapa di dunia ini pernah melihatnya," kata Cheng kepada Daily Mail Australia.


Menariknya, Kheng sebenarnya mahu berjumpa doktor disebabkan masalah penglihatan yang dialaminya tetapi kemudiannya kes ketumbuhannya itu dirujuk kepada pakar.

Saudara kandung Kheng turut mengalami ketumbuhan yang sama tetapi dengan saiz yang lebih kecil.

Sebelum melakukan pembedahan, ketumbuhan yang dialami Kheng menghalannya untuk makan sesetengah makanan dan menggangu selera makannya.

Ketumbuhan yang dialami Kheng dikenali sebagai Gingival Hyperplasia yang hanya berlaku satu dalam 750,000 orang. - Metro.uk

Tumor, Mulut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amir Khan, Isteri Berpisah

Artikel Lain