PARIS: Seorang lelaki ditahan bersama sebilah pisau ketika cuba menceroboh masuk ke Menara Tower. Lelaki tersebut yang bertindak berseorangan ditahan dengan segera dan tiada mangsa dilaporkan cedera. Insiden berlaku kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu (waktu tempatan), kira-kira setengah jam sebelum menara tersebut berhenti menerima kemasukan pengunjung. Selepas ditahan, polis memeriksa lokasi kejadian dan meminta ia dikosongkan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 15 minit sebelum menara tersebut dihentikan operasinya. Penceroboh itu memakai jersi Paris Saint-Germain (PSG) dan ketika kejadian, lampu di menara tersebut dinyalakan mengikut warna pasukan bola sepak tersebut. Malah paparan skrin pada bahagian bawah menara itu turut tertera tulisan mengalu-alukan kehadiran bekas penyerang Barcelona, Neymar ke kelab tersebut. Perancis dalam langkah berjaga-jaga sejak November 2015 selepas serangan di sebuah restoran, lokasi konsert dan stadium yang menyaksikan 130 maut.