suria

Kritik Kate Middleton, Burrell Minta Maaf

Paul Burrell

BEKAS ketua orang gaji Puteri Diana dalam satu siaran langsung telah membuat permohonan maaf selepas membuat kenyataan berhubung Kate Middleton.

Paul Burrell disoal berhubung komen kontroversinya yang dibuat terhadap Kate secara eksklusif di 9NEWS yang berbunyi:

"Saya telah bertemu dengan Mother Teresa, dia memilikinya, Pope John Paul II juga memilikinya, begitu juga Ratu, Diana sudah pasti memilikinya, tetapi Kate tidak.

"Dia seorang yang cantik dan jika anda dapat bertemu dengan Kate anda akan tahu bahawa dia benar-benar memuja suaminya dan mereka setia satu sama lain, tetapi tambahan yang anda panggil faktor X, aura, karisma...tidak ada padanya," katanya.

“Bukankah kata-kata awak terlalu kasar?,” tanya pengacara TV, Karl Stefanovic.

“Saya minta maaf jika kata-kata saya itu dianggap mengguris, tetapi apa yang saya ingin katakan adalah, Diana seorang yang unik dan tidak boleh diganti oleh sesiapa. Dia mempunyai sesuatu...berkarisma dan penuh dengan keajaiban,” jawab Burrell.

“Kate seorang wanita muda yang cantik. Dia tidak pernah tersilap langkah serta mendapat kasih sayang dan sokongan daripada suaminya. Mereka adalah masa hadapan keluarga diraja.

“Mungkin kata-kata saya agak tidak adil dan saya tidak bermaksud begitu. Apa yang saya maksudkan adalah, dia seorang yang sempurna. Namun, Diana lebih dari itu. Kate tidak ingin menjadi Diana kerana itu adalah perkara yang mustahil."

Stefanovic, yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu menyoal: “Tetapi, dia seorang yang sentiasa melakukan yang terbaik dan dia ada faktor- X itu. Mengapa awak sanggup berkata begitu?."

“Berada di samping Diana membuatkan saya sedar bahawa saya tidak pernah melihat seorang yang begitu istimewa dan hebat," balas Burrell.

“Pernahkah awak berada di samping Kate?,” Stefanovic bertanya.

“Tidak, saya tidak kenal Kate. Saya hanya melihatnya melalui kamera. Dia sangat cantik. Dia akan menjadi permaisuri negara suatu hari nanti dan saya akan berbesar hati bertepuk tangan untuknya,” jelas Burrel.

Apabila ditanya mengenai perasaan Putera William apabila mendengar kata-kata itu, Burrell berkata: “Saya akan jelaskan kepadanya, saya akan berkata saya tidak maksudkan begitu.”

Paul Burrell, Kate Middleton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain