suria

Empat Beranak 'Bermandi' Kaca

SEORANG wanita dan anak-anaknya bermandikan kaca apabila sebuah bumbung cermin berukuran dua meter pecah menimpa mereka ketika keluar membeli-belah.

Danielle Wallace, 25, dari Stockton on Tees, bagaimanapun sempat menyelamatkan keluarganya daripada kecederaan lebih parah.

Dia sempat terdengar bunyi kaca retak sebelum ia jatuh ke arah mereka.

Malah serpihan kaca itu turut terjatuh ke atas kereta sorong bayinya.

Serpihan kaca itu turut mengenai tiga orang anaknya yang masing-masing berusia lapan minggu, dua tahun dan enam tahun.

“Anak saya yang masih bayi turut terkena serpihan kaca itu dan saya amat risau.

 

“Kami menyelamatkan diri dengan berlindung di sebuah kafe berdekatan apabila lebih banyak serpihan kaca jatuh.

“Anak-anak saya trauma dengan apa yang berlaku menyebabkan saya risau untuk pergi ke sana lagi.

“Pekerja di situ tidak membantu dan sangat biadap.

“Mereka hanya bertanya jika ada sesiapa yang cedera dan mengarahkan kami supaya keluar dari situ secepat mungkin,” kata Wallace kepada The Sun.

Keluarga terbabit keluar membeli belah di Pusat Beli Belah Marble Place di Southport semasa kejadian itu berlaku.

Savills UK, yang memiliki pusat beli belah itu, dan pihak Marble Place masih tidak memberikan sebarang maklum balas.

kaca pecah, Marble Place

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain