suria

Nahas Pokok Oak Tumbang

LISBON: Sambutan festival keagamaan di sebuah pulau milik Portugal, Madeira terpalit tragedi apabila pokok oak berusia 200 tahun tumbang dan menghempap 13 pengunjung.

Pokok tua itu tiba-tiba tumbang ketika pengunjung berhimpun di Fuchal bagi meraikan acara itu pada waktu tengah hari.

Kejadian mengejutkan itu juga mengakibatkan 49 yang lain cedera termasuk 12 yang mengalami kecederaan serius. Daripada jumlah itu, empat kanak-kanak juga cedera parah.

“Empat mangsa yang cedera adalah rakyat asing dari Perancis, Jerman, Belanda dan Hungary,” kata Ketua Pakar Bedah Hospital Funchal, Miguel Reis.

Acara keagamaan yang diadakan setiap tahun sentiasa menarik kehadiran ramai pengunjung ke pulau Madeira.

Bagaimanapun, kebakaran hutan di negara itu memaksa penganjurannya dibatalkan tahun lalu.– AFP


 

oak, Fuchal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain