CAMBRIDGE: Cucu lelaki pengasas Singapura, Lee Kuan Yew untuk tempoh tiga dekad telah meninggalkan republik itu Julai lalu kerana bimbang ditahan pihak berkuasa kerana menghina mahkamah berhubung kenyataannya menerusi media sosial. "Di Singapura, tidak mustahil seseorang ditahan dan disiasat untuk satu jangka waktu tanpa diwakili peguam. "Rakan memberi amaran mereka bimbangkan keselamatan saya jika saya terus berada di Singapura," kata Li Shengwu. Pemuda berusia 32 tahun ini adalah anak saudara kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Li adalah anak kepada Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling yang terlibat dalam konflik keluarga pemimpin republik itu. Kata Li, beliau berada di Singapura untuk menghadiri sambutan hari lahir rakannya, bagaimanapun membatalkan hasratnya itu untuk kembali ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu. Beliau kini bertugas sebagai Felo Muda di Universiti Harvard. Sebelum ini, Dewan Peguam Negara Singapura menghantar surat kepada Li, menuntutnya meminta maaf dan memadamkan siaran di Facebook yang menyatakan 'Kerajaan Singapura suka memfailkan saman dan mempunyai sistem mahkamah yang dikawal.' Setiausaha Akhbar Hsien Loong, Chang Li Lin berkata, adalah 'tidak tepat' untuk bercakap mengenai penahanan dan siasatan. "Ia adalah proses perundangan yang mantap. Undang-undang jelas dan prosedur dilaksanakan terhadap semua kes menghina mahkamah, termasuk kes membabitkan Li. "Mahkamah akan memutuskan merit mengenai kes itu," kata Chang. - Reuters