WASHINGTON: Penulis yang menghasilkan biografi Donald Trump pada 1987, The Art of the Deal berpendapat presiden Amerika Syarikat itu akan meletak jawatan sebelum tempoh perkhidmatannya tamat. Menerusi tweetnya, Tony Schwartz berkata, jutawan itu akan meletak jawatan sebelum bermula siasatan yang mendakwa adanya hubungan pihak pengendali kempen Republican dan Rusia. "Dia tidak ada pilihan, Trump akan meletak jawatan dan memberi kemenangan kepada Mueller. "Adalah sesuatu yang menakjubkan jika dia dapat melaluinya hingga akhir tahun ini," katanya. Schwartz meluangkan 18 bulan bersama Trump untuk menghasilkan karyanya berkaitan usahawan itu.