PADA usia tiga tahun, Dexter Cahill tidak pernah menangis walaupun ketika ibu jari dan tangannya patah. Malahan rasa sakit sama sekali tiada makna buat budak lelaki itu. Dexter sebenarnya bukan insan biasa, sebaliknya di kanak-kanak istimewa yang berdepan masalah organ deria yang juga penyakit saraf tahap empat. Bakal menyambul hari lahirnya yang ke empat, Dexter mewarisi penyakit gangguan genetik yang jarang dihidapi. Situasi yang dilalu anak mereka membuatkan ibu bapanya, Lindsay dan Tom sentiasa dalam keadaan bimbang. Dalam satu insiden di mana tibia iaitu salah satu tulang bersendi dengan lutut dan pergelangan kaki kirinya telah patah, Dexter langsung tidak merasai kesakitan. Malahan, ketika di bilik kecemasan, pihak hospital tidak perlu menyuntik morfin sebaliknya terus membetulkan tulang itu dan meletak plaster. "Ketika itu, Dexter hanya minta lolipop dan dia terus ceria seperti biasa," kata pasangan itu. Menurut saintis, penyakit Dexter boleh diwarisi dengan nisbah satu setiap 125 juta. Ibu berusia 34 tahun dan suaminya yang juga seorang jurutera berusia 35 tahun itu menyedari sesuatu yang agak pelik pada anak mereka ketika Dexter berusia empat bulan. Ketika itu, lidah Dexter sering berdarah kerana ia kerap kali digesel pada giginya yang mulai tumbuh. Sejak itu, anak lelaki pasangan itu tidak pernah menangis walaupun mengalami luka atau calar di mana-mana bahagian tubuhnya. "Orang ramai anggap Dexter seorang adiwira, tetapi sebenarnya di seorang budak yang lemah dan boleh menghidap penyakit apendik. Cuma bezanya dia tidak akan merasai kesakitan," katanya.