suria

Meriahnya Lampu Disko Di Jari!

Foto instagram nail_unistella

SEORANG pakar kuku yang popular dari Korea Selatan mahu mencetuskan idea terbaharu yang bakal menjadi kegilaan ramai terutama anak muda.

Dia memperkenalkan lampu diod pemancara cahaya (LED) disko yang berwarna-warni pada kuku bagi meraih perhatian apabila mengunjungi kelab malam.

Park Eunkyung memuat naik beberapa gambar mengenai idea seni hiasan kuku itu di laman sosial Instagram, baru-baru ini.

Cetusan idea tersebut merupakan hiasan kuku palsu yang dipasang dengan lampu LED.

Dilaporkan, ia tidak melibatkan penggunaan kuasa bateri yang kuat untuk menghidupkannya.

Ia hanya memerlukan sebuah bateri yang sangat kecil yang akan dipasang pada belakang kuku palsu.

Bagaimanapun tidak dipastikan berapa lama jangka hayat bateri berkenaan. - odditycentral

Artikel Lain