PENGASAS bersama Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya menyambut kehadiran anak perempuan kedua, August yang dilahirkan pada 28 Ogos menerusi kenyataan di laman sosial itu. Sepertimana yang dilakukan pasangan itu buat anak perempuan pertama mereka, Maxima pada 2015, satu surat ditulis tetapi kali ini menceritakan tentang kehebatan dunia kanak-kanak. "Kamu hanya menjadi kanak-kanak sekali, jadi jangan habiskan masa dengan terlalu risau mengenai masa depan," menurut surat yang ditandatangani Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan. "Kamu ada kami, dan kami akan melakukan apa saja sedaya upaya untuk memastikan dunia lebih baik buat kamu dan semua kanak-kanak satu generasi dengan kamu," katanya. Satu inisiatif Zuckerberg Chan ditubuhkan oleh pasangan tersebut telah mengumpulkan jutaan dolar bagi memperbaiki kehidupan untuk generasi kanak-kanak dengan pelbagai matlamat seperti menghapuskan penyakit. Pengasas bersama Facebook itu merupakan antara hartawan yang berikrar untuk menyumbangkan sebahagian kekayaan mereka untuk kebajikan. - AFP