SATU video dalam talian menunjukkan orang ramai panik susulan satu letupan di di Oxford Street, London pada petang Khamis.
Kejadian yang berlaku di salah satu kawasan membeli-belah paling sibuk di Britain itu mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang lelaki cedera.
Kepulan asap kelihatan di tempat kejadian dan orang ramai memasuki ke beberapa kedai apabila pihak polis menutup kawasan itu.
Khabar angin tersebar di media sosial mendakwa ia merupakan serangan pengganas.
Bagaimanapun Polis Metropolitan di London menjelaskan bahawa ia merupakan letupan disebabkan rangkaian bekalan kuasa.