CUBA tanya sesiapa adakah mereka sanggup membayar apa saja untuk memiliki tahi orang lain. Jawapan mereka sudah tentu 'tidak'. Namun pandangan tersebut berubah apabila tahi dikatakan menjadi hasil kerja seni. Seorang 'penggiat seni tahi' mengeluarkan koleksi najisnya dalam bentuk tin seberat 30 gram. Tin tersebut mengandungi tahi milik penggiat seni warga Itali, Piero Manzoni. Pengumpul hasil seni dikatakan sanggup membelinya pada harga ratusan malah ribuan dolar. Bila Piero Manzoni mengeluarkan idea untuk mengetinkan tahinya sendiri pada 1961, beliau mungkin tidak menjangkakan ia dapat dijual pada harga tinggi. Pada 2007, galeri seni Tate di London membeli salah satu daripada 90 tin Manzoni pada harga £22,350 (RM125,587). Mungkin kedengaran mustahil, tetapi tahi Manzoni kini bernilai kira-kira AS$300,000 (RM1.16 juta). Tahun lalu, ada pembeli mendapatkan tin yang ke-54 pada harga £182,500 (RM1.03 juta). - odditycentral