SEBUAH rumah berkembar yang terletak berdekatan bandar ditawarkan pada harga paling minimum. Kos yang rendah £1 untuk kediaman tiga tingkat di Kilmarnock itu bagaimanapun perlu dibaik pulih sebelum diduduki. Ia berpotensi untuk diubah suai menjadi hartanah yang mampu membawa pulangan lumayan. Bangunan ini disenaraikan untuk lelongan bulan depan dengan siling yang telah rosak, lantai terkopak dan sampah sarap di hampir keseluruhan ruang biliknya. Gambar yang disediakan untuk mengiklankan jualan hartanah ini termasuk sebuah piano yang ditinggalkan di salah sebuah bilik. Jika dilihat daripada segi binaannya, termasuk tangganya untuk setiap aras, ia berpotensi untuk dikomersialkan jika diperbaiki. Jurulelong yang mengiklankan hartanah itu menggambarkan ia sebagai bangunan unik dan pemaju wajar menyahut peluang untuk mengubahsuai dan membaikinya bagi mengembalikan kegemilangannya. Hanya sekelip mata sahaja, kediaman itu boleh menjadi milik sesiapa yang berani menyahut cabaran untuk melaksanakan projek membaikinya yang turut dilengkapi tempat letak kereta dan garaj.