suria

Kantung Perut Boroi Jadi Buruan Lelaki

JIKA anda pernah terfikir bagaimanakah keadaan rupa anda sekiranya memiliki perut boroi seperti golongan 'ayah-ayah', anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki kantung ajaib yang dipanggil The Dadbag ini.

Pengarah seni, Albert Pukies dari London, United Kingdom mempunyai angan-angan pelik iaitu memiliki perut yang buncit, namun bimbang akan risiko kesihatan yang sering dikaitkan dengan mereka yang berperut boroi.

Namun, Albert mempunyai cara untuk menjadikan angan-angan tersebut nyata tanpa perlu menyumbat mulutnya dengan makanan berkalori tinggi. Beliau mencipta sejenis bag yang boleh diikat di bahagian pinggang dengan rekaan grafik yang kelihatan seperti perut boroi.

Ia sebenarnya hanya beg pinggang biasa yang dicetak dengan ilustrasi persis keadaan perut sebenar sehingga mampu mengelirukan orang ramai.

"Saya reka The Dadbag ini kerana saya terdesak untuk mempunyai perut buncit, tapi saya tidak mahu jatuh sakit," tulis Albert di Bored Panda.


Albert mendapat idea untuk menghasilkan beg pinggang unik ini selepas teringin kelihatan buncit.

"Jadi, jalan penyelesaiannya mudah sahaja. Cetak gambar perut pada permukaan beg pinggang. Sekarang saya boleh kelihatan buncit bila-bila masa dan menyimpan barangan berharga di dalamnya."

Seorang penulis di Oddity Central yang mengakui memiliki perut boroi semula jadi mendakwa dia mengerti mengapa Albert mahu tampil begitu di kawasan awam.

"Ia lembut, berbulu dan wanita sukakannya. Malangnya, jika anda mahu perut buncit, saya ada berita buruk.

"Anda perlu dapatkannya dengan cara semula jadi kerana The Dadbag bukan untuk dijual. Belum lagi, kerana pereka Inggeris itu masih mencari pelabur yang mahu membantunya mengeluarkan aksesori unik tersebut dalam kuantiti yang banyak.

"Jika anda mempunyai wang yang banyak, anda boleh cuba menghubungi Albert dan menjadikan impiannya satu realiti," kata penulis itu. 

The Dadbag

Artikel Sebelum

Luar Biasa, Hujan Batu Di Taif

Artikel Berikut

Apa Punya Perangai La…

Artikel Lain