suria

Panel Pesawat Jatuh Hempap Kereta

Gambar fail pesawat KLM. Foto AFP

TOKYO: Sekeping panel seberat 4.3 kilogram dari sebuah pesawat terjatuh sehingga memecahkan tingkap sebuah kereta yang sedang melalui sebuah jalan raya.

Kejadian berlaku sejurus pesawat KLM Royal Dutch Airlines Boeing 777 yang membawa 321 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai menuju ke Amsterdam pada Sabtu lalu.

Menurut media NHK, tiada kecederaan dilaporkan namun pihak berkuasa penerbangan akan menghantar pegawai keselamatan ke bandar Osaka barat untuk menyiasat kejadian itu.

NHK melaporkan bahawa panel tersebut menyebabkan bumbung dan tingkap kenderaan itu rosak.

Menurut Kyodo News, panel sepanjang 0.6 meter dan satu meter lebar itu dibuat daripada bahan komposit dan tercabut dari sayap kanan pesawat berkenaan.

Ia dipercayai terjatuh pada ketinggian sekurang-kurangnya 2,400 meter dari paras laut.

Sementara itu, KLM melaporkan pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam pada tengah hari Sabtu. - AFP

Artikel Sebelum

Agung Bakal Meletus Bila-Bila Masa

Artikel Berikut

Artikel Lain