suria

Pixie Si Rambut Lebat

PIXIE Rose Master sering menarik perhatian ramai setiap kali bersiar-siar bersama keluarganya.

Sekali pandang tentunya ramai yang dapat melihat perbezaannya berbanding bayi seusianya.

Pixie lahir dengan rambut yang lebat, tidak sepadan dengan usianya yang baru sahaja 12 minggu.

Pasangan Jennifer dan Kurtis Master itu terkejut melihat keadaan bayi perempuan mereka yang lahir pada 4 Julai itu.

Jennifer, 32 dan Kurtis, 27 dari Farnworth, Lancashire berkata, jururawat mengerumuninya sebaik melahirkan Pixie.

"Tiap kali kami bersiar-siar pasti ada yang akan menegur dan berhenti melihat Pixie," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Jelas Jennifer lagi, keadaan Pixie diwarisi daripada genetiknya kerana beliau sendiri dilahirkan dalam keadaan rambut yang lebat.

Katanya, keistimewaan pada bayinya itu menyebabkan dia tidak menyikat rambut anaknya kerana bimbang ia akan luruh.

Pixie dilahirkan dengan masalah dikenali sebagai microtia iaitu kecacatan pendengaran pada salah satu telinganya.

Pixie

Artikel Sebelum

Zuckerberg Nafi Anti Trump

Artikel Berikut

Artikel Lain