JAKARTA: Bandar raya ini berdepan bencana tanah runtuh dan banjir minggu ini susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Penduduk di kawasan tebing sungai diminta berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi situasi itu.
Terkini, kejadian tanah runtuh melanda Manggarai di selatan Jakarta di tebing Ciliwung pada Sabtu.
Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lima rumah yang didiami lapan keluarga dihanyutkan arus.
Setakat ini, Pusat Pengurusan Bencana Jakarta Selatan sedang memantau situasi di lokasi kejadian.