suria

FBI Kesan Teman Wanita Paddock

TEMAN wanita penyerang yang memembak mati 59 pengunjung festival muzik di Las Vegas sedang dikesan bagi mendapatkan maklumat berhubung motif kejadian itu.

Pihak polis percaya, Marilou Danley mempunyai jawapan kepada beberapa persoalan berhubung perlakuan Stephen Paddock.

Sherif Joseph Lombardo berkata, wanita warganegara Australia itu dipercayai berada di Tokyo.

"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini dalam proses untuk membawa wanita kelahiran Filipina itu pulang ke Amerika Syarikat.

"Kami sedang berhubung dengannya," katanya mengenai kejadian yang berakhir dengan penyerang terlibat menembak mati dirinya sebelum lokasi kejadian diserbu polis.

Hasil siasatan polis mendapati Danley berkongsi kondominium bersama pesara tentera berusia 64 tahun itu di Mesquite, Nevada.

Reuters juga diberitahu, siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca pemindahan USD100,000 oleh Paddock ke akaun di Filipina yang dipercayai kepada Danley.

Pihak berkuasa AS juga mendapati menerusi media sosial, Danley menggambarkan dirinya sebagai seorang yang profesional dalam urusan di kasino.


Paddock, Danley

Artikel Sebelum

Rumah Putih Bidas Tillerson

Artikel Berikut

Mangkuk Dilelong RM169 Juta

Artikel Lain