suria

Lima Maut Nahas Helikopter Tentera

Gambar hiasan.

NEW DELHI: Lima orang terbunuh dalam nahas membabitkan helikopter tentera udara India berhampiran sempadan negara itu dengan China pada Jumaat pagi.

Helikopter Tentera Udara Mi-17 V5 terhempas berhampiran kawasan Tawang di Arunachal Pradesh, mengorbankan lima penumpang manakala seorang cedera, lapor media tempatan.

Dilaporkan helikopter buatan Rusia berkenaan sedang melalui proses penyelenggaraan, susulan itu arahan untuk menyiasat punca nahas dikeluarkan.

Sementara itu, Ketua Angkatan Tentera Udara India, Birender Singh Dhanoa menyatakan kebimbangannya kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak nahas pesawat berlaku.

"Kami sedang membuat langkah bersepadu untuk meminimumkan kemalangan dan mengekalkan aset," kata Dhanoa kepada pemberita.Menurut data rasmi dalam lima tahun kewangan, 2012-2013 hingga 2016-2017, sebanyak 29 pesawat tempur termasuk lima Sukhoi-30, terhempas akibat masalah teknikal dan kecuaian manusia.- Bernama

Nahas helikopter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat Kanak-Kanak Dibakar

Artikel Lain