suria

Padah Panjat Pagar Istana Buckingham

SEORANG wanita ditahan polis selepas cuba memanjat pagar hadapan Istana Buckingham.

Scotland Yard bagaimanapun menafikan insiden itu ada kaitan dengan unsur keganasan.

Wanita yang dipercayai berusia dalam awal 30-an itu ditahan sebelum sempat memasuki kawasan istana.

"Dia ditahan kerana disyaki menceroboh dan akan disoal-siasat di balai polis tengah London.

"Insiden ini tiada kaitan dengan sebarang aktiviti keganasan," katanya.

Polis Britain sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas lima serangan dilakukan di negara itu tahun ini.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki membawa sebilah pedang di luar istanan itu didakwa di bawah undang-undang keganasan.

Tiga pegawai polis mengalami kecederaan ringan selepas bergelut dengan lelaki itu.

Beberapa kes turut dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana terdapat individu mencurigakan cuba memasuki kawasan istana tersebut.

Pada Oktober tahun lalu, seorang remaja berusia 21 tahun ditahan selepas memanjat pagar utama istana.

Dia kemudiannya ditahan di bawah perintah hospital.

Istana Buckingham

Artikel Sebelum

Telefon Fidget Spinner?

Artikel Berikut

ISIS Didakwa Pokai

Artikel Lain