suria

Kerana Malas, Mangkuk Ganti Tandas

BEIJING: Sepatutnya si ibu temankan anak kecik pergi tandas, tapi kerana sifat pemalas, beliau berikan mangkuk dan menyuruh anaknya buang air kecil ke dalamnya.

Menjijikkan, tetapi itulah yang terjadi di sebuah restoran di bandar Fangzhuang baru-baru ini.

Menurut laporan Shanghaiist, kejadian berkenaan disedari oleh pengunjung lain yang terkejut dengan tindakan kotor tersebut.

Si ibu pula dengan muka selamba mengatakan pihak restoran akan membersihkan mangkuk tersebut.

Foto yang tular menerusi  laman sosial China, Weibo


Kejadian tersebut yang tular bersama foto yang dimuatnaik menyebabkan seorang wartawan melawat restoran terlibat untuk pengesahan.

Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian berkenaan berlaku dan ianya kali pertama dalam tempoh 10 tahun beliau bekerja.

Tambahnya, keputusan wanita berkenaan 'langsung tidak diterima akal' kerana setiap tingkat restoran berkenaan dilengkapi dengan tandas.

Selain itu, mangkuk dan alatan terlibat sudah tidak boleh digunakan selepas kejadian.

Fangzhuang

Artikel Sebelum

Gunung Sinabung Meletus

Artikel Berikut

Artikel Lain