suria

'White Widow' Maut

Sally Jones.

INDIVIDU yang bertindak merekrut ahli baharu kumpulan militan IS, Sally Jones terbunuh dalam serangan drone, lapor The Sun.

Dikenali sebagai 'White Widow', warga Britain itu berlepas ke Syria pada 2013 bersama dengan anak dan suaminya, Junaid Hussain untuk menyertai IS.

Jones maut dalam serangan yang dilancarkan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dekat sempadan antara Syria dan Iraq pada Jun lalu.

Sementara itu, suami Jones, Hussain pula terkorban pada 2015 dan didakwa cuba melancarkan serangan berprofil tinggi di negara Barat.

Awal tahun ini, rakan Jones berkata wanita itu dilaporkan terdesak untuk kembali ke United Kingdom.

Junaid Hussain.

Rakannya, Aisha memberitahu Sky News bahawa Jones menangis dan mahu kembali ke Britain tetapi dihalang IS kerana dia merupakan isteri kepada ahli kumpulan militan tersebut.

Jones dan suaminya menjadi terkenal selepas rancangan untuk menculik seorang bekas tentera AS dan memenggal kepalanya gagal.

Satu lagi rancangan turut dilancarkan oleh seorang remaja yang melepaskan tembakan ke arah ratus pengunjung sebuah konsert.

Hussain menjalankan operasi digital untuk kumpulan tersebut dan terbunuh dalam serangan drone, dua tahun lalu.

Difahamkan, Jones merekrut puluhan wanita untuk menyertai IS menerusi media sosial sebelum akaunnya ditutup.

Sejak itu, dia memuat naik beberapa kenyataan berbaur ancaman menerusi media sosial dan bergambar bersama AK-47.

Sally Jones, IS

Artikel Sebelum

Artikel Lain