SEORANG lelaki berusia 62 tahun baru-baru ini mendapat liputan berita yang meluas selepas mendedahkan dia tinggal di dalam hutan selama lima tahun. Tindakan lelaki dari Birmingham, England itu semata-mata untuk menjauhkan diri daripada isterinya yang kuat berleter dan mengongkong. Malcolm Applegate bekerja sebagai tukang kebun tetapi minatnya itu sukar untuk diteruskan sejak berkahwin kira-kira 13 tahun lalu. Pada mulanya, hubungannya bersama isteri begitu baik tetapi dia mula dikawal sehingga terpaksa memendekkan waktu bekerja. Malah, pasangan suami isteri itu sering bertekar disebabkan perkara yang remeh-temeh. Akibat tidak tahan dengan leteran isteri, Malcom meninggalkan isterinya. Bagaimanapun dia tidak memfailkan penceraian, sebaliknya menghilangkan diri begitu saja. "Saya berkahwin dengan dia selama tiga tahun, tetapi malangnya hubungan tidak begitu baik. Saya bosan kerana kami sering bertengkar," kata Malcom. Pada awalnya dia menunggang basikal ke London, tetapi kemudiannya basikalnya dicuri semasa berhenti di Oxford. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berada di dalam hutan dekat Kingston, barat daya London. Di sana, dia berkhemah pada sebelah malam dan bekerja di sebuah taman pusat komuniti pada sebelah siang. Malcolm berkhemah di hutan selama lima tahun sebelum berhijrah ke pusat Emmas Greenwich, sebuah rumah perlindungan untuk golongan gelandangan di Greenwich, selatan London, lima tahun lalu. - odditycentral