suria

Cari Pasangan Lepas Berjaya Jadi Barbie

-fotoCatersNewsAgency

NIKKI Exotika, 35, dari New Jersey, telah menjalani pembedahan secara berkala selama hampir dua dekad.

Dia telah membelanjakan AS$1 juta untuk menukar jantina dan seterusnya mengubah dirinya menjadi patung 'Barbie' bernyawa.

Dan dia kini sedang mencari pasangannya, Ken Doll, untuk menikmati keseluruhan kehidupan sebenar dalam dunia kartun Barbie.

Exotika, telah mengubah setiap inci tubuhnya selama hampir dua dekad dalam usaha untuk kelihatan seperti patung idola kanak-kanak seluruh dunia itu.

-fotoCatersNewsAgency

Sejak berumur dua tahun dia menyedari perbezaan dirinya dengan budak lelaki lain apabila dia sentiasa bersolek dan menggilap kuku.

Pada usia empat tahun, dia yang kini berusia 35 tahun menjadi seorang yang obses dengan Barbie.

Di sekolah, ketika hidup sebagai 'Jason Torres', dia dibuli kerana gaya femininnya tetapi ia tidak menghalangnya daripada terus berperwatakan seperti perempuan.

Selepas pergi ke pusat tarnseksual ketika usia remaja, dia menemui hormon dan suntikan silikon.

Pada umur 19 tahun, Exotika menjalani pembedahan penggantian jantina dan melalui tiga pembedahan hidung, dua pembedahan buah dada dan pengecilan halqum.

Sejak itu, dia telah memnbelanjakan lebih dari AS$1 juta untuk prosedur yang membantu mengubahnya menjadi seperti patung Barbie.

Jason Torres -fotoCatersNewsAgency

Artis rakaman yang membentuk kumpulan pop transgender 'Secret Girls' pertama di Amerika ini kini sedang mencari cinta hatinya yang kelihatan seperti Ken Doll.

Dia yang mempunyai tiga anak angkat gay berkata: "Saya telah belanja lebih AS$1 juta untuk pembedahan, saya hanya buat pengiraan baru-baru ini dan 'bergelut' untuk ingat semua yang telah saya buat dengan diri saya."

Dia menambah: "Tubuh saya dipenuhi silikon, saya banyak berhabis untuk buat perubahan dari kepala hingga kaki, dada dan badan.

"Tetapi semua itu berbaloi, kerana ketika menjelajah ke seluruh dunia orang melihat saya dan berkata 'wow, lihat tubuhnya, dia kelihatan seperti Barbie' dan selalu ingin bergambar dengan saya.

"Bila saya berjalan sambil mengikat tocang, bergincu merah jambu, bercermin mata hitam, memakai seluar jeans dan topi kulit, gadis-gadis berkata 'Oh tuhan, kamu kelihatan seperti Barbie', itulah yang membuatkan saya tahu impian saya telah tercapai.

"Bila saya tengok semula gambar saya ketika kecil, saya tidak kenal diri saya sendiri, ia adalah satu transformasi menyeluruh, anda langsung tak dapat lihat ciri lelaki yang pernah saya ada.

"Ada satu tahap di mana saya tak perlu menjalani pembedahan lagi, saya kelihatan seperti wanita sebenar tetapi saya tidak gembira menjadi wanita biasa, saya fokus untuk menjadi patung Barbie.

"Dalam fikiran saya, Barbie kelihatan berbeza, lebih banyak pembedahan, semakin dekat impian saya dan saya menjadi lebih bahagia.

"Saya tidak mahu sekadar cantik, saya mahu kecantikan yang menakjubkan, yang paling utama saya tidak pernah mahu menjadi gadis kebanyakan atau menjadi gadis seksi seperti pelacur.

"Sekarang saya rasa hampir mencapai tahap kesempurnaan, saya gembira dengan diri saya.

Ken Doll -gambar fail Bloomberg

"Tidak lama kemudian saya mendapatkan BMW merah jambu untuk menyerlahkan imej Barbie saya, selepas itu saya akan mencari lelaki 'terhangat' yang kelihatan seperti Ken Doll.

"Saya masih optimistik pada hubungan itu, semoga suatu hari nanti menemui Ken saya." -mirrorUK

patung Barbie, Nikki Exotika

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Berdosa Kerana 'Dara'

Artikel Lain