PUTERA Harry terkejut dengan soalan nakal seorang kanak-kanak yang akhirnya mendedahkan 'rahsia' dia tidak pernah makan makanan popular dunia. Marni Ahmed, 9, bertanyakan tentang tabiat makan Harry dan pertanyaan itu mendedahkan bahawa dia tidak pernah makan kebab. Marni, yang mengalami masalah kulit luar biasa, bertanya soalan tersebut ketika bertemu dengan Harry di Anugerah WellChild di London. -fotoAfP Kanak-kanak itu mendedahkan bahawa dia telah bertanyakan satu soalan lucu kepada Harry: "Adakah kamu pernah makan kebab Doner?" Ibunya, Gulzeab, yang datang bersama anaknya itu dari rumah mereka di Leeds, berkata, Harry menjawab: "Tidak, tetapi kawan-kawan saya pernah." Marni berkata dia juga bertanya kepada Harry apa yang dimakan untuk sarapan pagi. "Dia beritahu 'sandwich bacon dan sosej'," kata Marni. Tetapi tidak semua kanak-kanak berani berdepan dengan Harry, yang menjadi penaung WellChild pada tahun 2007. -fotoAFP Erin Cross, 7, bersembunyi di belakang kerusi apabila Harry menghampirinya, tetapi tidak lama kemudian ketawa dan bergurau selepas putera berkenaan berjaya memujuknya. Kanak-kanak itu menghidap leukemia selama hampir lima tahun, telah memberikan Harry lukisan berbingkai yang mana Harry memberitahunya bahawa dia sangat menyukai lukisan tersebut. WellChild adalah badan kebajikan negara untuk keluarga dan kanak-kanak yang menghidap penyakit.