SEORANG model warga Britain berbadan besar dikatakan sebagai antara yang pertama berkunjung ke sebuah resort di Barbados, yang direka secara eksklusif untuk mereka berbadan besar. Holly Macgillivray dari Ruthin di Denbigshire, Wales mengunjungi The Resort di pulau Eleuthera di Bahamas yang mempunyai pantai persendirian sepanjang 8 kilometer, katil yang kukuh dan pintu yang lebih besar. Memetik laporan WalesOnline, ia dibina khas untuk mereka yang mempunyai berat lebih 120 kilogram. Holly yang bersaiz 20 berkata, dia pada awalnya berpendapat idea tersebut adalah 'penghinaan' tetapi kini dia melihat destinasi mempunyai peranan yang penting untuk pengunjung yang tidak selesa dengan saiz mereka. Resort tersebut dilengkapi dengan kerusi yang mempunyai lebar satu meter, pintu diperluaskan dan semua katil diperkukuhkan dengan batang keluli dua inci. Para pengunjung turut disediakan dengan bufet harian di mana mereka boleh menikmati makanan yang mereka mahukan untuk sarapan pagi, makanan tengah hari dan makan malam. - Mirror