MANILA: Seorang pekerja binaan maut dipukul rakan sekerjanya menggunakan 'barbell' konkrit seberat 15 kilogram dalam satu pertengkaran di Bandar Caloocan, kata polis. Ketika kejadian pada Jumaat malam lalu, penyiasat PO1, Gianvincenni Laguitao berkata, Dominador Bagasala Dizon dan Allan Besana sedang minum di luar berek kawasan pembinaan di Barangay 167. Menurut polis, pertengkaran bermula daripada permainan gusti lengan. Semasa bertengkar, Besana didakwa mengambil barbell konkrit yang diubah suai lalu memukul Dizon di bahagian kepala, sekurang-kurangnya tiga kali. Dizon disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besar Acebedo manakala Besana melarikan diri. Keluarga dan rakan-rakan mangsa memberitahu polis bahawa Dizon dan Besana berkawan baik sebelum insiden berlaku. Laguito berkara, Besana tidak mempunyai rekod jenayah lampau. – Philippine Daily Inquirer/Asia News Network