suria

Perogol Budak 11 Tahun Didedah Secara Langsung Di TV

-fotoEast2West/InterTV

PROGRAM televisyen di Ukraine telah mengatasi program realiti TV yang lain apabila ia akan mengumumkan keputusan DNA untuk satu kes rogol kanak-kanak secara langsung.

Tanya kini berusia 12 tahun tetapi hamil pada usia 11 tahun, disyaki perbuatan bapa tiri atau salah seorang daripada dua abangnya.

Gadis itu, yang telah melalui cabaran di studio mendakwa anak perempuannya Diana, yang berusia lima minggu adalah hasil hubungannya dengan seorang jiran berusia 18 tahun.

Bagaimanapun keputusan DNA menunjukkan ia tidak sepadan dengan lelaki berkenaan tetapi dia boleh dikenakan hukuman penjara lima hingga 10 tahun kerana melakukan seks dengan seorang kanak-kanak.

-East2West/InterTV

Tanya kemudian mendedahkan bahawa dia telah mengalami serangan seks daripada seorang saudaranya.

Program itu kini menguji DNA bapa tirinya, Ivan Eremin, 30-an, dan dua abangnya yang berusia 15 dan 17 tahun.

Mereka semua menafikan bahawa mereka adalah bapa kepada bayi tersebut.

Ivan Eremin. -fotoEast2West/InterTV

Program itu yang dikenali sebagai It Concerns Everybody, akan disiarkan minggu ini walaupun gadis itu tidak mahu mengambil bahagian.

Bapa tirinya berkata: "Saya tidak akan datang ke sini sekiranya saya ada kaitan dengan kehamilan anak perempuan saya.

"Saya bersedia melakukan ujian DNA dan membuktikan bahawa saya bukan bapa kepada anak ini.

"Saya tidak takutkan apa-apa. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan saya dan isteri dipersalahkan. Saya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Tanya, malah saya tidak pernah fikir tentang hal itu.

Abang Tanya, salah seorang daripada suspek. -fotoEast2West/InterTV

Pakar psikologi yang memeriksa Tanya untuk program tersebut, Vlada Berezyanskaya berkata: "Budak ini hanya rasa takut. Dia tertekan sekarang. Tanya seorang kanak-kanak, dia tidak bersalah," katanya.

Ibunya, Anna Luchishin, 31, yang mempunyai enam orang anak telah dipersalahkan kerana mendedahkan tentang anak perempuannya di TV, selain dia disyaki telah dibayar kerana mendedahkan masalah keluarganya.

Dia kini membantu Tanya membesarkan anaknya yang dilahirkan pada 17 September lalu, tetapi turut dilihat menggalakkan anak perempuannya menjawab soalan 'sulit' walaupun dia tidak mahu menjawabnya.

Polis sedang kini sedang menyiasat tuduhan tersebut, tetapi tidak cuba menghentikan program yang disiarkan.

Hos program, Andrey Danilevich, dari Inter TV, mendakwa bahawa dia hanya mencari kebenaran.

"Kanak-kanak itu, yang hamil pada usia 11 tahun menjadi mangsa manipulasi orang dewasa yang tidak bertanggungjawab," katanya.

"Sekarang hampir semua lelaki di bandar Borislav yang pernah melawat keluarganya, termasuk bapa tirinya dan saudara lelakinya disyaki terlibat.

"Kita semua tahu betapa kejamnya mulut orang. Penting untuk mengetahui siapa bapanya bagi menghentikan spekulasi," katanya.

Salah seorang saudara Tanya yang menjadi suspek. -fotoEast2West/InterTV

Ibunya memberitahu penonton bahawa Tanya pada awalnya menamakan siapa yang dia percaya menjadi bapa kepada bayi berkenaan.

"Tetapi jiran kami Andriy bukan bapa kepada cucu saya Diana," katanya.

"Saya menerima panggilan dari makmal di Lviv dan mereka berkata bukan dia.

"Bapa Andriy, Oleg telah membayar ujian DNA ini di Lviv. Saya terperanjat. Saya beritahu Tanya tentang ujian itu dan bertanya siapakah orangnya?

"Dan dia beritahu saya ada seorang lagi. Saya minta dia  bercakap benar. Ia berlaku pada Februari ketika saya berada di hospital.

"Saya tidak mahu menyatakan namanya. Dia adalah keluarga kami. Tetapi mungkin juga bukan dia," katanya.

DNA, kes rogol

Artikel Sebelum

Tunjuk Kaki Dapat Duit

Artikel Berikut

London Kenakan Caj Cemar Udara

Artikel Lain