suria

Habuan Bunuh Budak, Penjenayah Didera

Cowan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh Daniel (kanan).

PENJENAYAH yang berdepan hukuman penjara kerana kesalahan membunuh budak lelaki berusia 13 tahun cedera serius akibat disimbah air panas.

Kejadian yang menimpa Brett Peter Cowan itu berlaku akibat perbuatan dera dalam kalangan banduan.

Terkini, sebekas air panas yang mendidih disimbah pada kepalanya mengakibatkan lelaki berusia 48 tahun itu cedera teruk.

Cowan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menculik, merogol dan membunuh Daniel Morcombe.

Dalam kejadian di Pusat Korektional Wolston di  Queensland, Adam Davidson, 30 telah menyerang Cowan dari belakang ketika lelaki itu berada di ruang riadah.

Selepas menyimbang air ke kepala Cowan, Davidson telah mengetuk kepalanya dengan bekas itu beberapa kali.

Ketika disoal polis, Davidson mengakui berniat untuk mencederakan Cowan, bukan membunuh lelaki itu.

Susulan insiden itu, Davidson telah dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana serangan itu mengakibatkan Cowan melecur teruk pada kepala, dada dan kaki.

Hakim Ian Dearden berkata, Cowan telah dihukum kerana kesalahan yang lampau dan dia tidak seharusnya didera sedemikian.-Metro.uk

Cowan, Daniel Morcombe

Artikel Sebelum

Sensasi Penari Runway

Artikel Lain