suria

Dipenjara 24 Tahun Sebar HIV

Valentino Talluto. Foto AFP

SEORANG lelaki warga Itali pada Jumaat dihukum penjara selama 24 tahun kerana menyebabkan lebih 30 wanita dijangkiti virus HIV.

Menurut pendengaran di mahkamah, Valentino Talluto didapati melakukan hubungan seks bersama mangsa tanpa perlindungan meskipun mengetahui dia menghidap virus HIV.

Talluto, 33, yang merupakan seorang akauntan mengenali ramai wanita menerusi laman sosial selama setahun sebelum penahanannya pada November 2015.

Polis percayai dia telah melakukan seks dengan sekurang-kurangnya 53 wanita ketika itu, dan telah menjangkiti virus tersebut kepada 32 orang.

Talluto sering memberikan alasan untuk tidak menggunakan kondom dengan memberitahu dia alah memakainya atau telah menjalani ujian HIV.

Dia bagaimanapun kesal dengan apa yang berlaku tetapi tidak menyedari akibat daripada tindakannya itu.

Pendakwa menggesa supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya kerana dengan sengaja menyebarkan virus HIV. - Mirror


Artikel Sebelum

Derita Budak Kepala Teleng

Artikel Berikut

Artikel Lain