suria

Gangguan Seksual Dalam Tren, Lelaki Ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang polis wanita ketika berada dalam tren.

Malang nasibnya kerana wanita tersebut adalah seorang pegawai polis yang berpakaian biasa.

Felipe Mondragon, 52, ditangkap selepas dia dilaporkan melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkenaan di dalam kereta api yang baru saja meninggalkan stesen Union Square di New York City, sekitar pukul 9 pagi Khamis.

Sambil memandang 'mangsa', dia didakwa telah meraba-raba bahagian celah kangkangnya.

Bersama pegawai tersebut adalah pasangannya dan seorang polis berpangkat sarjan, juga tidak berseragam.

Mondragon segera ditangkap dan dibawa keluar dari kereta api di stesen 23rd Street.

Dia kemudian dituduh memaksa melakukan sentuhan dan penderaan seksual.

Ketika itu, wanita berkenaan yang tidak dinamakan sedang bertugas sebagai sebahagian Skuad Anti-Jenayah Biro Transit NYPD.

Skuad ini membuat rondaan dengan pakaian biasa untuk mencegah jenayah di rangkaian kenderaan awam tersebut. -dailystar

gangguan seksual

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain