TOKYO: Seorang lelaki warga Jepun ditahan pada Selasa selepas beberapa cebisan sembilan mayat dengan sebahagiannya disimpan di dalam kotak penyejuk ditemui di kediamannya, lapor media Jepun. Penemuan ngeri itu susulan polis menjalankan siasatan berhubung kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun awal bulan ini. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita tersebut dilihat berjalan bersama seorang lelaki berhampiran apartmen itu sebelum dilapor hilang. Beberapa kotak penyejuk ditemui di kediamannya. Penemuan setiap kotak mengandungi cebisan mayat itu membawa kepada penahanan lelaki berusia 27 tahun. Menurut laporan media, pihak polis masih lagi membuat siasatan lanjut. - Reuters