suria

Selepas Trump, Tillerson Lawat Asia

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson akan melakukan lawatan di beberapa negara Asia, susulan kunjungan Donald Trump ke rantau ini.

Enam negara yang tersenarai adalah Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam, Filipina dan Myanmar.

Jadual lawatan kerja Tillerson itu bermula Jumaat ini.

Menerusi kenyataannya, Tillerson akan mewakili presiden AS itu pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Manila.

Seterusnya, beliau akan ke Myanmar pada 15 November bagi menangani krisis kemanusiaan dan membincangkan sokongan AS terhadap transisi demokratik.

Tillerson, Trump, Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain