LAHORE: Seorang lelaki didenda RS200,000 (RM8,055.34) dan dihukum penjara enam bulan pada Khamis kerana berkahwin kali ketiga tanpa mendapat keizinan isteri kedua. Pengadu, Ayesha Khalil berkahwin dengan Shahzada Saqib Sohail pada 6 Julai 2013. Ayesha mendakwa, Shahzada berkelakuan baik pada awalnya tetapi mula berubah sikap sehingga bertindak memukulnya. Selain itu, Shahzada mendakwa dirinya sebagai bujang sebelum berkahwin dengan Ayesha. Beberapa bulan selepas itu baharulah Ayesha mendapat tahu Shahzada pernah berkahwin pada 14 November 2011 dengan Rubina Bibi. Menurut laporan The Nation, Ayesha meminta mahkamah mengisytiharkan perkahwinan ketiga Shahzada tidak sah kerana melanggar Undang-Undang Keluarga Islam 1961. Dibawah undang-undang tersebut, poligami adalah satu bentuk pelanggaran hak kecuali pemohon telah memohon keizinan dari isteri-isterinya.