BANGKOK: Seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia akibat hipotermia selepas tidur dengan menghidupkan tiga buah kipas angin serentak, malam Khamis. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di rumah abangnya di Tambon Nai Muang. Susulan itu, Leftenan Kolonel Thanasit Apiboonworaset dari balai polis Muang Chaiyaphum berkata pasukannya dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi bersama dengan pasukan perubatan dan petugas kecemasan. Abang mangsa, Saravuth Boonkua berkata Sobthawee tinggal di rumahnya untuk menjaga ibu mereka, Udom Boonkua,86, yang uzur. Seorang pasukan perubatan berkata Sobthawee meninggal dunia akibat hipotermia kerana badannya tidak dapat menyesuaikan diri dengan suhu sejuk melampau. Keluarga Sobthawee menerima punca kematian mangsa dan berkata mereka akan menuntut mayatnya untuk upacara keagamaan.