suria

Obama Lapor Diri Sebagai Juri

SUASANA di sebuah mahkamah di Chicago kecoh apabila orang ramai melihat kelibat bekas  presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Obama hadir untuk melapor diri sebagai juri dan menunggu jika dipilih untuk bertugas pada sesi perbicaraan kes tertentu.

Kehadirannya menjadi tumpuan ramai apabila ada yang mengambil kesempatan bergambar dan memintanya menandatangani buku hasil tulisannya.

Obama sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

"Terima kasih kepada semua yang berkhidmat sebagai juri atau sekurang-kurangnya kepada yang bersedia untuk menjalankan tugas ini," katanya sambil ketawa.

Bekas profesor perundangan yang hadir dengan kawalan ketat itu bagaimanapun meninggalkan bangunan mahkamah itu pada tengah hari bersama beberapa penduduk setempat yang dipilih secara rambang untuk tugasan itu, demikian menurut Tribune.

Obama bukan presiden AS yang pertama hadir untuk bertugas bersama rakyat negara itu kerana sebelum ini George W.Bush pernah melakukan perkara sama pada 2015.

Seperti Obama, Bush juga tidak dipilih untuk menjalankan tugas sebagai juri.

Ketika ini, Obama menetap di Washington, manakala isterinya, Michelle Obama pula mendiami rumah mereka di Chicago iaitu di bandar di mana suaminya mula terlibat dalam politik.

Obama juga merancang untuk membina pusat presiden di selatan bandar itu.

Obama

Artikel Sebelum

Pakat Lari Selamatkan Diri

Artikel Berikut

Pelajar Maut Terjatuh Di Kuil

Artikel Lain