suria

Kate Tak Senang Gaya Ditiru Kekasih Putera Harry?

Kate Middleton (kiri) dan Meghan Markle. -fotoGetty

ISTERI kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton tidak terkesan dengan bakal tunang Putera Harry, Meghan Markle yang dilaporkan sering meniru gaya dan penampilannya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Celeb Dirty Laundry iaitu laman web yang sering menulis berita palsu mengenai keluarga diraja, Markle dikatakan sering meniru gaya fesyen Dutchess of Cambridge itu.

Tanpa sebarang sumber, laman web itu menulis bahawa aktres itu dilihat memakai dress hitam seperti yang digayakan oleh Kate beberapa bulan lalu.

Peminat juga dikatakan tertanya-tanya mengapa mengapa Markle perlu meniru apa yang sudah digayakan oleh Kate.

Tambah mereka lagi, Kate juga dikatakan agak kurang senang dengan tindakan bakal isteri adik iparnya itu.

Namun, apa yang dilaporkan ternyata tidak benar sama sekali!

Kate dikatakan telah memakai dress hitam rekaan Diane von Furstenberg itu pada satu acara gala di Kensington Palace pada Selasa.

Dia juga dikatakan pernah memakai dress sama pada tahun 2014.

Laporan yang menyatakan Meghan meniru gaya Kate terbukti tidak benar sama sekali kerana aktres itu sebenarnya telah memakai pakaian itu pada tahun 2012, dua tahun sebelum ia digayakan oleh Kate.

Walaupun dua wanita itu mempunyai citarasa yang hampir serupa, aktres itu jelas sekali tidak meniru gaya Kate.

Malah, sumber diraja turut menyelar laporan itu dan menyifatkannya sebagai 'sampah'.

Ini bukan kali pertama pendedahan dibuat mengenai laman web itu.

Sebelum ini, Celeb Dirty Laundry pernah melaga-lagakan dua wanita itu apabila melaporkan Meghan telah mencuri tumpuan dan lebih menyerlah berbanding Kate dalam sebuah acara. -gossipCop

Kate Middleton, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Tahu Masuk, Tak Tahu Keluar

Artikel Berikut

Artikel Lain