KELUARGA seorang wanita yang meninggal dunia hanya tiga bulan selepas berkahwin ketika dia disahkan menghidap kanser kulit menuntut penjelasan daripada doktornya. Leah Debono, 29, meninggal dunia pada Januari lalu akibat kanser kulit yang telah merebak ke beberapa bahagian badannya termasuk otak, paru-paru dan tulang. Dia disahkan bebas kanser kulit pada 2013. Namun dia bertarung nyawa dengan penyakit tersebut hanya selepas berkahwin dengan suaminya, Ben Debono, Oktober tahun lalu. "Saya melihat dia menghembuskan nafas terakhirnya. Anda tidak ingin melalui pengalaman seperti itu. Ia amat kejam," kata bapanya, Lex Dubano. Leah sering menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya empat kali setahun tetapi doktor tidak menyedari kanser itu telah kembali semula. Sebulan selepas majlis perkahwinannya, dia pengsan di tempat kerja dan dikejarkan ke hospital. Namun doktor mengesahkan Leah mungkin kepenatan. Malah Leah turut memikirkan dia mungkin hamil. "Leah sentiasa di hati saya," kata Ben.