HAMPIR 50 tahun, tembelang bapa tiri didakwa kerana membunuh seorang bayi akhirnya terbongkar. David Dearlove,71, sentiasa mengatakan bahawa bayi berusia sembilan bulan, Paul Booth meninggal dunia kerana kemalangan terjatuh dari katilnya pada Oktober 1968. Namun semuanya terdedah apabila dia didakwa menghayunkan bayi tersebut ke tempat pendiangan yang menyebabkan kecederaan sehingga membawa kematian. David Dearlove Dia juga dituduh kerana tidak melaporkan kejadian tersebut sehingga abang kepada bayi itu, Peter melihat sekeping gambar yang dimuat naik oleh Dearlove di Facebook pada 2015. Ketika kejadian, Peter berusia empat tahun.Insiden tersebut menghantui Peter apabila menyaksikan sendiri kejadian berlaku.Jelasnya, dia melihat David Dearlove menghayunkan Paul dari paras bawah dan kepalanya terhentak ke dinding pendiangan. Peter meminta keluarga Dearlove membuang gambar itu dan memberitahu apa yang berlaku kepada sepupunya. Sejurus selepas itu, sepupu Peter melaporkan perkara tersebut kepada polis dan siasatan terus dijalankan. Dearlove telah bercerai dengan Carol Booth (ibu Peter) pada tahun 1970 dan meninggalkan tempat kejadian sejak itu. Dia ditahan di rumah baharunya di Great Yarmouth, Norfolk.