suria

Kronologi Krisis Di Zimbabwe

WARGA Zimbabwe yang membuka siaran televisyen negara mereka pada awal pagi Rabu pastinya terkejut melihat jeneral tentera berpakaian celoreng sedang bersiaran.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral SB Moyo, dalam siaran itu berkata, pihak tentera tidak berniat untuk melakukan rampasan kuasa.

Ujarnya, pihak tentera mahu menghapuskan penjenayah-penjenayah yang bersama presiden Robert Mugabe bagi mententeramkan pergolakan situasi politik, sosial dan ekonomi negara itu.

Namun, situasi di negara itu jelas kelihatan seperti satu rampasan kuasa apabila kenderaan tentera memenuhi beberapa bahagian di ibu negara tersebut.

Sistem penyiaran negara itu juga dikawal oleh pihak tentera.

Dalam pada itu, Mugabe yang ditahan di rumahnya bersama isteri, Grace Mugabe belum membuat apa-apa kenyataan.

Mugabe dan isterinya, Grace Mugabe, menghadiri perhimpunan parti pemerintah ZANU-PF di Harare pada 8 November.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menerusi satu kenyataan pada Rabu mendedahkan sudahpun menghubungi Mugabe.

Katanya, presiden Zimbabwe itu mengesahkan penahanannya namun menjelaskan situasi adalah terkawal.

Krisis ini susulan pergolakan politik awal bulan ini yang bermula pada 6 November lalu apabila Mugabe memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa.

Pemecatan itu menimbulkan pergolakan kerana Mnangagwa mendapat sokongan dari pihak tentera.

Peralihan kuasa tentera ini masih tidak jelas namun setakat ini tiada kegananasan dan demonstrasi dilaporkan.

Kedutaan United Kingdom dan Amerika Syarikat di negara itu turut mengeluarkan arahan supaya warganegara mereka berlindung di lokasi selamat dan sentiasa peka dengan perkembangan terbaharu.

Walaupun situasi ini masih tidak jelas, ia memberi bayangan bahawa pemerintahan Mugabe akan sebagai presiden akan berakhir tidak lama lagi. - Huffington Post

Robert Mugabe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Si Comel Yang Mempersona

Artikel Lain