MENAIKI pengangkutan udara untuk kemana-mana sahaja tanpa perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas pastinya mudah! Impian itu mungkin dapat direalisasikan menerusi kerjasama Uber dan NASA dalam usaha memperkenalkan servis 'teksi udara' menjelang tahun 2020.